Christian Pulisic sudah memilih AC Milan sebagai destinasi seterusnya dalam karier pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu.

Pulisic sudah diberitahu bahawa dia boleh mencari kelab baharu. Kerana pemain itu tiada dalam perancangan Mauricio Pochettino.

Pulisic sebelum ini gagal mendapatkan tempat dalam pasukan bimbingan Graham Potter dan sangat terhad aksi ketika di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Terutama sekali selepas dia menyalahkan taktikal Tuchel punca kepada kemerosotan prestasinya.

Dan pemain itu memang sudah merancang untuk mencari kelab baharu pada akhir musim ini.

Akhirnya, dia mencapai kesepakatan dengan AC Milan dari segi syarat dan terma peribadi.

Kini tinggal rundingan antara kelab pemilik pemain tersebut iaitu Chelsea dengan kelab pembeli AC Milan dalam menentukan harga pemain tersebut.

AC Milan yang menjual Sandro Tonali ke Newcastle sebelum ini dikaitkan dengan Romelu Lukaku. Namun rundingan menjadi rumit kerana harga dan gaji pemain itu.

AC Milan kini beralih kepada Pulisic selepas berjaya mendapatkan Loftus Cheek.

AC Milan menawarkan €15 juta untuk pemain itu kerana dianggap terlalu mahal untuk pemain yang tinggal setahun lagi dalam kontraknya.

Namun Chelsea merasakan tawaran itu terlalu rendah. Kerana Chelsea yakin mereka sudah meletakkan tanda harga yang murah untuk pemain itu iaitu hanya €20 juta.

Ziyech berharap rundingan ini akan dapat dimeterai. Namun Milan masih berharap Chelsea akan menggunakan polisi yang sama ketika mereka menjual Mason Mount dan juga Kai Havertz dengan harga lebih rendah daripada tanda harga awal.